Alhamdulillah untuk program kali ini pihak sekolah telah menjemput seorang yang ilmuan dalam memberikan seminar kepada para pelajar tentang Jawi supaya dapat menyemarakkan lagi pembelajaran jawi dalam diri pelajar. Seminar ini juga mendedahkan lagi bahawa subjek jawi ini merupakan subjek yang mudah difahami dan pada masa yang sama dapat memberi beberapa tips yang boleh memudahkan para pelajar untuk menulis jawi dengan lebih baik. Dengan adanya seminar ini, alhamdulillah para pelajar kelihatan lebih yakin dalam menulis jawi.