Sekolah menganjurkan pertandingan video pendek yang bertemakan Ma’al Hijrah kepada semua pelajar yang ingin menyertai pertandingan ini. Pelajar yang menyertai perlu membuat video selama 2minit sahaja yang mengisahkan tentang ma’al hijrah. Sekolah juga menyediakan hadiah kepada Top 3 yang memenangi pertandingan video pendek supaya pelajar lebih bersemangat dan berlumba-lumba untuk menyertai pertandingan ini. Secara tidak langsung, pertandingan ini dapat membuatkan pelajar lebih berpengetahuan tentang ma’al hijrah dan ingin mengambil tahu ‘apa itu ma’al hijrah’.
Selain itu, sekitar suasana Sambutan Ma’al Hijrah pada sesi pagi yang melibatkan pelajar tahun 2,3 dan 4. Para pelajar menunjukkan reaksi yang sangat bersemangat dan ceria untuk menjalankan sambutan sempena Awal Muharram. Alhamdulillah, para pelajar juga dapat berselawat secara beramai-ramai pada sambutan ini bagi menandakan kita sentiasa mengingati dan ingin mendekatkan diri kita dengan Baginda SAW.