Kurikulum
SRI AL HUDA SAUJANA UTAMA
Kami berdaftar di bawah
Kod Sekolah : BJJ3011
kami merupakan sekolah rendah agama
Kurikulum Jabatan Agama
2. Fekah
3. Akhlak
4. Sirah
5. Bahasa Arab
6. Jawi/khat/imlak
7. Tajwid
Kurikulum Quran Mukmin Professional
1. Tilawah Quran
2. Tahfiz Quran
3. Amali Mukmin
4. English Communication
5. Kemahiran Interaksi Sosial
Uniform Sekolah
Pelajar Biasa
Pengawas Sekolah
Pengawas Library
Pelajar Biasa
Khas untuk anak-anak Sri Al Huda Saujana Utama, kami menawarkan kelas tusyen kepada anda,
Jom, daftarkan anak anda ke Kelas Tambahan PSRA & UPKK sekarang!
#KelasTambahan #PSRA #UPKK #PersediaanUjian #AnakBerjaya
FAQ
Sekolah rendah Islam al huda saujana utama terletak di SU3 Saujana Utama berdekatan dengan satay pak wan saujana utama
Sekolah rendah islam alhuda hanya menawarkan pembelajaran untuk silibus sekolah agama sahaja/silibus kafa.
Bagi pelajar yang bersekolah kebangsaan di luar saujana utama, tuan puan boleh daftarkan anak untuk memohon sesi yang berlainan.Perlu maklumkan pihak pengurusan jika sesi itu berlainan.
Pelajar tahun 5, mereka akan menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK).
Pelajar tahun 6, akan menduduki Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA)
Kebiasanya 20% daripada pelajar akan mendapat keputusan yang tertinggi & Kami berjaya mengekalkan 100% Lulus dalam kedua2 peperiksaan tersebut sejak daripada 7 tahun yang lepas.
Untuk pelajar tahun 1 – 4, tiada sebarang temuduga yang perlu dibuat, namun bagi tahun 5 & 6, pelajar perlu ditemuduga terlebih dahulu sebelum masuk ke sekolah.
Untuk pelajar yang ditemuduga, kami hanya ingin memastikan pelajar boleh membaca JAWI sahaja.
ini kerana,Hampir kesemua pelajar kami telah pandai membaca bagi tahun 5, jadi bagi memudahkan urusan pembelajaran dijalankan, kami ingin memastikan pelajar yang baru masuk ke tahun 5 & 6 boleh membaca jawi terlebih dahulu.
Kami akan memberikan tempoh masa selama 2 bulan terlebih dahulu untuk kita masukkan dalam kelas pemulihan jawi namun ianya bergantung juga kepada keadaan pelajar.
Sekolah kami berdaftar dengan jais & anak tuan puan layak untuk memasuki SAM yang ditawarkan jika memenuhi kreteria
Setiap tahun pelajar kami tidak pernah terlepas menerima tawaran SAM. Bagi tahun 2022, sebanyak 6 tawaran yang kami terima untuk pelajar ke sekolah SAM Jeram & 1 tawaran ke SAM Muhamadiah.