PELANTIKAN PENGAWAS 2025
Majlis pelantikan pengawas pengawas sekolah. Laungan ikrar juga telah dibaca oleh ketua pengawas bagi menunjukkan bahawa pengawas bersedia memikul tanggungjawab mereka
Majlis pelantikan pengawas pengawas sekolah. Laungan ikrar juga telah dibaca oleh ketua pengawas bagi menunjukkan bahawa pengawas bersedia memikul tanggungjawab mereka
Alhamdulilllah pada 16/1- 25/1, peperiksaan UPKK telah berjaya dilaksanakan. Walaupun diharungi dugaan kertas sirah terpaksa dianjakkan, namun ianya tidak mematahkan semangat pelajar untuk jawb dengan sebaik mungkin. Insyallah kesemua pelajar alhuda akan mendapat keputusan yg cemerlang.
Sambutan Ma’al Hijrah pada sesi petang yang melibatkan pelajar tahun 1,5 dan 6. Alhamdulillah, para pelajar dapat menunjukkan bakat yang terpendam dengan melukiskan poster, bersajak dan berpantun yang bertemakan Ma’al Hijrah. Selain itu, pada penghujung majlis pula, guru-guru telah memberikan hadiah kepada pemenang-pemenang yang sangat berkreativiti sepertimana yang ditonjolkan oleh pelajar dalam setiap pertandingan.
Sekolah menganjurkan pertandingan video pendek yang bertemakan Ma’al Hijrah kepada semua pelajar yang ingin menyertai pertandingan ini. Pelajar yang menyertai perlu membuat video selama 2minit sahaja yang mengisahkan tentang ma’al hijrah. Sekolah juga menyediakan hadiah kepada Top 3 yang memenangi pertandingan video pendek supaya pelajar lebih bersemangat dan berlumba-lumba untuk menyertai pertandingan ini. Secara tidak
Pihak sekolah telah menganjurkan 2 program pada hari tersebut iaitu sambutan Nuzul Quran dan Tadarus Perdana. Pada hari tersebut, para pelajar membaca Al-Quran secara beramai-ramai dengan sangat tekun dan tujuan sambutan ini disambut adalah bagi mengingatkan para pelajar tentang kisah penurunan al-quran bagi pertama kalinya kepada Nabi Muhammad SAW.
Ketika sesi pelajaran dijalankan, guru menggunakan inisiatif yang berkesan untuk masa kini iaitu alat bantuan mengajar (ABM) kepada para pelajar bagi memantapkan lagi pemahaman para pelajar dalam sesebuah topik pelajaran yang diajar oleh guru. ABM juga merupakan salah satu cara yang boleh merangsang minat para pelajar untuk lebih bersemangat ketika P&P.
Alhamdulillah, sesi persekolahan tahun 2023-2024 telah pun bermula, dimana pelajaran dan pengalaman yang baru menanti para pelajar. Para pelajar juga nampak begitu semangat untuk meneruskan sesi persekolahan ini walaupun telah memasuki bulan Ramadhan. .